DSA

Selasa, 31 Julai 2012

JENIS KARANGAN A BM UPSR

BAHAGIAN A  

MENTAFSIR  GAMBAR/GRAFIK

APA ITU BAHAN GRAFIK
  •  Gambar Tunggal
  • Gambar Bersiri
  • Carta
  • Graf
  • Jadual
  • Peta 
  • Pelan 
PEMARKAHAN
  • 10 Markah
  • Masa 15 minit
  • Tiada had bilangan patah perkataan tetapi terhad kepada lima ayat sahaja.
  • Ayat berdasarkan bahan grafik yang diberikan.
  • Ayat berdasarkan fakta tersurat ( nampak sahaja)
  • Fakta tersurat harus dihindarkan ( gembira/perasaan)

DEFINISI AYAT: 
1. Bermula dengan huruf besar berakhir dengan noktah
2. Ada subjek dan predikat

subjek     : Kata nama am/khas/ganti nama dan kata bilangan
Predikat  : kata kerja/kata adjektif/kata nama dan kata tugas

contoh: Ahmad sedang/ memancing ikan di di dalam kolam untuk dibawa pulang ke rumah.
           : Ayah sedang/ membasuh kereta dihalaman rumah pada waktu petang.
           : Beberapa orang murid sedang/ beratur di kantin untuk membeli makanan.

KESILAPAN UMUM.
1. Mereka membaca buku - mereka tidak sesuai digunakan ( ganti nama ketiga)
2. Ali membaca buku. Ayat betul tetapi ringkas ( 1 markah sahaja)
3. Memulakan ayat dengan Tiba-tiba......... atau Selepas itu..........  aturan salah. Ayat ini biasanya apabila  
    murid menjawab soalan berdasarkan gambar bersiri. Mereka menggagap ayat itu bersambung.
4. Terdapat segelintir murid yang menulis jawapan seperti berikut bagi soalan aktiviti : Gambar ini  
    menunjukkan suasana di kawasan perkelahan. Ia adalah salah tiada kata kerja.


SOALAN
1. Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar yang diberikan.
2. Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.
3. Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan situasi yang terdapat dalam gambar di atas.

SOALAN MEMBERI FOKUS KEPADA:

AKTIVITI DI SEKOLAH
1. Hari Guru
2. Hari Kanak-kanak
3. Hari Anugerah Cemerlang
4. Hari Sukan Tahunan
5. Hari Kantin
6. Hari Kemerdekaan
7. Gotong-royong  di taman sains/ kantin/surau/sekitar sekolah
8. Perhimpunan

PERSEKITARAN DIRI MURID
1. Membersih kelas
2. Gotong-royong di kawasan rumah
3. Membersih kawasan sekitar
4. Perpustakaan

KELUARGA DAN MASYARAKAT
1. Pasar malam
2. Pasar pagi/ Gerai sayur/buah-buahan
3. Pantai/ sungai
4. Perkhemahan keluarga/ unit uniform
5. Kebun buah-buahan/ sayur
6. Pasar raya
7. Peristiwa kemalangan/kebakaran/banjir
8. Suasana perayaan / sambutan kemerdekaan
9. Aktiviti sukan
10. Persediaan peperiksaan
11. Kepentingan tumbuhan/ cita-cita

SOALAN UPSR 2005-2011

                                                                           2005

Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah

                                                                           2006
Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar yang diberikan.


                                                                                2007

 Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar yang diberikan.